Sejarah telah tercipta, bukan satu tetapi dua. Kelmarin dalam perlumbaan MotoGP Malaysia yang berlangsung di Litar Sepang, pelumba muda negara Zulfahmi Khairuddin telah berjaya menaiki podium di tempat kedua dalam kategori Moto3.
Kemenangan tersebut merupakan yang pertama berjaya dilakukan oleh pelumba negara, syabas diucapkan kepada Zulfahmi atas kejayaannya mencipta sejarah pertama untuk Malaysia. Semua mat rempit patut mengambil iktibar atas kejayaan tersebut.
Sejarah kedua pula tercipta apabila Zulfahmi bertindak melarikan diri daripada terkena semburan arak oleh dua lagi pelumba luar negara yang berada di podium pertama dan ketiga. Terima kasih diucapkan kepada Zulfahmi kerana menyampaikan mesej positif untuk Malaysia.
Video Zulfahmi Khairuddin Lari Dari Semburan Arak